Dengarkan duhai suami ku….

Tenang sayang…damaikan jiwamu. Ku pasti datang menyinari hidup mu. Moga diri mu yang memimpin hidup ku di dunia hingga ke akhirat kelak. Di hamparan itu, dahi ku sujud kesyukuran lantaran peroleh hadiah teristimewa dari Ilahi seorang insan yang benar-benar sempurna buat ana. Walau hakikatnya tiada insan yang sempurna. Tapi ku tahu, diri mu yang terbaik buat ku yang Allah telah anugerahkan kepada ku…
Sememangnya diri mu yang ku dambakan memimpin ku kerna telah lama ku impikan pemeriah mahligai ku dengan kalamullah, menghidupkan malam-malam dengan tahajjud berjemaah, dan mendidik generasi ku dengan pewaris perjuangan Rasulullah s.a.w. Biarlah tidak punya rupa dan kekayaan duniawi, asalkan hatinya sarat dengan keimanan…
Hari ini..saat ini…ana tepati janji pada mu, suami ku. Ana telah menjadi miilik mu. Jiwa raga ku persembahkan seikhlasnya pada mu, suami ku. Ana sedia berkhidmat hanya pada mu agar diri mu tahu, betapa sayang dan cinta ana pada mu. Betapa ana bersyukur menjadi milik mu..
Suami ku…bukan harta yang ku perlukan, bukan jua keturunan yang menjadi keutamaan, buka paras rupa yang ku idamkan..tetapi kefasihan agama dan semangat juang mu dalam menegakkan kalimatul Haq itu yang ku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara ana, diri mu, dan zuriat pewaris ketauhidan Islam dalam mengEsakan Allah Yang Satu..
Suami ku…
Ingin ku kisahkan seketika padamu. Rasa sayang ku pada mu telah lama mekar sebelum ini lagi. Tapi ana cuba nafikan kerana ku merasakan diri mu bagai bintang menyinar yang ana hanya mampu lihat dari jauh. Tak mampu ana menggapainya. Lalu hati ana mula berbisik, biarlah dia pergi. Dia lebih layak peroleh yang terbaik dalam hidupnya. Lama ku cuba nafikan perasaan itu, ana cuba padamkan rasa itu dari dalam hati ana. Namun semua menemui jalan buntu. Ana masih tidak faham mengapa mesti diri mu yang bertahta di hati ana. Akhirnya ana akur..mungkin diri mu yang Allah janjikan buat ku. Gembira..bahagia bukan kepalang diri ini suami ku, bila ku tahu rupanya diri mu jua miliki rasa yang sama seperti ku selama ini.. Ya Allah..betapa nikmatnya Engkau menyembunyikan rahsia hati kami berdua selama ini🙂
Suami ku…
Ana berjanji untuk menjadi isteri terbaik buat mu. Ku akan selalu mencintai diri mu sepenuh hati ku, sepanjang hayat ku. Ku mencintaimu seadanya. Ku sambut hadir mu dalam hidup ku dengan penuh harapan moga cinta kita berdua kekal hingga ke akhirat nanti. Suami ku..andai ana jatuh nanti, sambutlah ana dengan jiwa mu. Tika ana lemah, kuatkan ana dengan kasih sayang mu. Hembuskan rindu mu di hati ku agar ku tahu diri mu juga mencintaiku sepenuh hati mu.
Suami ku..
Ana berjanji untuk menjadi kekuatan mu dalam memperjuangkan perjuangan suci ini selamanya. Ana akan menjadi sayap kiri mu yang sentiasa ada di sisi mu. Hadir menemani hidup mu agar kita dapat bersama-sama melayari bahtera menuju redha-Nya. Suami ku..ku tahu, hidup ini tidak selamanya indah. Adakalanya ujian datang menimpa untuk menguji sejauh mana keikhlasan kita dengan-Nya. Menguji sejauh mana pengharapan kita kepada-Nya, persandaran kita kepada Ilahi. Saat itu nanti, ku berdoa moga kita tetap tegar untuk teruskan hidup bersama. Terus memperjuangkan perjuangan itu hingga nafas kita yang terakhir. Ku yakin, diri mu lebih memahami tuntutan kita sebagai khalifah di muka bumi ini, suami ku..
Ya Allah..tetapkanlah hati-hati kami agar terus berada di jalan-Mu. “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami pasangan yang beriman, dan zuriat keturunan kami (zuriat yang soleh); perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.” Furqan: 74
Ikhlas dariku..
Isteri mu dunia dan akhirat, insyaAllah….amien
This entry was posted in Kalam Pena and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s