Muslimah ‘Playgirl’

Artikel Oleh: ekue

Tajuk entri kali ini mungkin agak panas tetapi kebenaran tetap perlu dinyatakan. Alhamdulillah, walaupun agak berat sikit untuk post entri ini namun berjaya juga.

Sedih juga bila memikirkan perkara semacam ini kerana umat Islam kini semakin hari semakin jauh daripada petunjuk dan bimbingan Allah s.w.t. Muslimah dilihat sebagai salah satu ikon kesyumulan Islam tetapi segelintirnya yang menjadi parasit yang merosakkan nama baik wanita muslimah.

‘Seorang lelaki playboy’ merupakan istilah yang sangat masyhur sejak sekian lama dikalangan lelaki dan wanita namun kini istilah ‘wanita playgirl’ dilihat cuba untuk menyaingi istilah ‘lelaki playboy’. Berdasarkan konsep yang sama dengan istilah lelaki playboy, istilah ‘playgirl’ juga menunjukkan keperibadian yang sangat buruk terhadap seseorang wanita.
Ramai dikalangan wanita kini yang menjadi playgirl atas bermacam-macam sebab dan tidak hairan jika ramai dikalangan wanita playgirl adalah daripada kalangan wanita yang memakai skirt pendek, jeans londeh dan ketat sehingga menampakkan pusat dan berbaju atau singlet ketat dan sendat menjadi seorang wanita ‘playgirl’. Apa yang dibimbangi kini adalah wanita muslimah yang tahu dan belajar agama juga turut tergolong dikalangan ‘wanita playgirl’.

Perlu difahami dengan sebaiknya, tujuannya bukan ingin menabur fitnah kepada para muslimah tetapi ingin memberi kesedaran agar para ‘muslimah sejati’ membuka mata melihat kepincangan akhlak yang berlaku dikalangan muslimah khususnya dan seluruh umat Islam amnya. Perlu diketahui bahawa wujud juga dikalangan muslimah yang boleh dikategorikan sebagai ‘playgirl’ kerana memiliki ramai teman lelaki.

Mereka inilah yang menjadi fitnah kepada ‘muslimah sejati’. Jika dilihat pada sudut perwatakan secara zahir, merupakan pelajar agama yang menampakkan keperibadian baik, kesantunan, kesopanan, bertudung litup, berjubah dan hanya kadang-kadang berbaju kurung. Baju singkat dan seluar ketat jauh sekali dan memang tidak dipakai tetapi disebalik nilai ke’Islaman’ yang ditonjolkan, tersirat suatu keperibadian yang menunjukkan akhlak yang sangat buruk dikalangan muslimah ‘yang berlakon baik ini’. Di depan dengan keperibadian cukup baik sekali tetapi di belakang dia merupakan seorang muslimah yang ‘playgirl’.

Ambo tidak menulis tanpa bukti dan jauh sekali hendak menabur fitnah kepada kaum muslimah. Hal ini berlaku kepada seorang teman yang telah menjadi mangsa kepada muslimah ‘playgirl’ ini. Bermodalkan rupa paras yang agak ayu, cantik dan menarik serta berjaya ‘melakonkan’ keperibadian yang cukup baik sehingga mampu membuatkan ramai lelaki tertarik kepadanya, muslimah ini berjaya mencairkan dan menawan hati ramai lelaki. Lebih kurang 3 atau 4 lelaki yang berjaya dikuasainya. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Keperibadian dan akhlak sebenar muslimah ini akhirnya ‘terkantoi’ apabila dua daripada lelaki yang menjadi temannya merupakan dua orang sahabat baik. Ambo dikhabarkan bahawa muslimah tersebut tidak pernah keluar ‘berdating’ dengan mana-mana lelaki yang menjadi temannya dan hanya berhubung melalui SMS dan telefon (kononnya bercinta cara Islam).

Mungkin istilah yang agak berat kerana Ambo gunakan kerana melabelkan muslimah tersebut sebagai seorang ‘playgirl’ tetapi Ambo rasa itu adalah suatu istilah yang paling sesuai kerana akhlak yang ditunjukkan langsung tidak mempamerkan akhlak dan keperibadian seorang muslimah sejati. Ambo tidak menghukum semua para muslimah, hanya kerana segelinitir kecil muslimah ‘playgirl’ ia menjadi fitnah yang cukup besar kepada muslimah sejati. Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Buat para muslimah sejati, anda adalah aset Islam yang cukup penting dan usah terasa dengan entri ini kerana siapa yang makan lada, dia yang akan terasa pedas lada tersebut. Khas buat ‘muslimah playgirl’, sedarlah bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan usah terpedaya dengan kehendak nafsu,tipu daya dunia dan hasutan syaitan. Jangan kerana anda, maruah Islam yang tercemar. Pesanan buat kaum lelaki(termasuk Ambo), berhati-hati dalam memilih pasangan dan usah terpedaya dengan kecantikan rupa paras yang tidak kekal, pilihlah yang benar-benar memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan(bukan sekadar berlakon) nescaya kita tergolong dikalangan orang-orang yang beruntung di dunia dan akhirat.Pena Da’ie

http://zulikhwanzahari.blogspot.com

This entry was posted in Kalam Pena and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s