Izin Poligami, Kurangkan Anak Dara Tua

KOTA BHARU 20 Ogos – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan isteri-isteri supaya membenarkan suami mereka yang berkemampuan berpoligami bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi anak dara tua. “Cuba fikirkan bagaimana keadaan perempuan yang menjadi anak dara tua sampai mati kerana tidak berpeluang dapat suami sedangkan ada orang yang hendak kepada dia, tapi dihalang. “Jadi, si isteri pertama perlu memberi ruang apabila dia tahu suami mereka mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk kahwin lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis bersama rakyat di Pengkalan Chepa dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengingatkan golongan isteri jangan bertindak ganas sehingga sanggup menyimbah asid atau melakukan perbuatan jenayah lain ke atas suami mereka yang mahu berkahwin lagi. Dalam dua kes berasingan di Kelantan, dua lelaki yang mahu berpoligami cedera serius apabila disimbah asid oleh isteri mereka.

Pada 1 Ogos lalu, seorang anggota tentera Tuan Azman Tuan Ludin, 30, cedera parah pada bahagian muka dan seluruh badan selepas disimbah asid, dipercayai perbuatan isterinya apabila mangsa berterus-terang mahu berpoligami. Dalam kejadian di Kampung Legeh, Jeli itu, isteri mangsa, seorang janda beranak sembilan dikatakan tidak berpuas hati apabila suaminya yang juga jurulatih tae kwando di Kem Pengkalan Chepa mahu mengahwini teman wanitanya yang berusia 20-an. Lapan hari kemudian, seorang wanita berusia 38 tahun cedera parah apabila cuka getah yang hendak disimbah pada suaminya tertumpah dan terkena bahagian dada serta paha kirinya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas. Kejadian dipercayai berlaku apabila suami mangsa dikatakan ingin mengahwini seorang janda.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz yang bersetuju dengan kenyataan Shahrizat itu meminta para isteri agar tidak terlalu emosi sehingga bertindak ganas ke atas suami mereka yang berhasrat berkahwin lagi kerana Islam membenarkan lelaki yang berkemampuan dan berkelayakan untuk berpoligami. “Sebenarnya isu poligami ini perkara lama yang tidak selesai sekiranya manusia jaga nafsu dia sahaja dan tidak jaga nafsu orang lain sama,” tegasnya.

Katanya, isteri pertama juga tidak seharusnya bimbang membenarkan suami mereka berkahwin lagi kerana ada peruntukan tertentu dalam undang-undang syariah membela mereka yang dianiaya. Bagaimanapun beliau menasihatkan lelaki supaya tidak bertindak kasar sekiranya hasrat mereka berkahwin lagi dihalang, sebaliknya menggunakan pendekatan yang baik dan mengikut undang-undang.

This entry was posted in Kalam Pena and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Izin Poligami, Kurangkan Anak Dara Tua

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s