Suara Hati Muslimat…

Bismillahir Rahmanir Rahim…

Assalamu’alaikum w.b.t

Salam Ta’zim kepada mas’ul/ah, barisan kepimpinan jemaah serta sahabat/iah yang diingati dan dikasihi kerana NYA.

Alhamdulillah, segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t di atas nikmat Islam dan Iman yang memungkinkan kita untuk bernafas dalam udara perubahan pada hari ini. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w yang telah berkubang peluh dan darah dengan generasi sahabat untuk memartabatkan Islam di alam ini.


Maaflah, kita sepatutnya memikirkan tentang masalah yang lebih besar lagi seperti di kampus (exam yang perlukan penumpuan), isu negara (sosio-eko yang tidak menentu) dan isu negara2 Islam lain (seperti peperangan di Lubnan dan Palestin). Ana insan yang tiada berilmu dan pengalaman yang cetek ini mengharapkan kita mengambil sedikit masa dari kekangan masa yang ada untuk sama2 memikirkan tentang perkara yang telah lama kita tahu dan sedari iaitu pembentukan keluarga Islam iaitu Baitul Muslim (BM).

Alhamdulillah, ana kini bergerak di kawasan dengan bantuan saudara ana sendiri yang merupakan bekas pelajar #RAHSIA# Mereka merupakan orang jemaah dan telah bernikah sebaik sahaja keluar dari kampus dan dikurniakan 2 orang cahaya mata mereka aktif bergerak di kawasan kami. Daripada pengamatan dan pergaulan ana terhadap mereka sekeluarga, ana dapati mereka boleh dijadikan contoh keluarga Islam di kawasan kami. Mereka telah berBM semasa di tahun akhir pengajian dengan pengantara mas’ul dan menekankan agar BM sepatutnya diselesaikam di peringkat kampus sebelum seseorang ahli itu terlibat dengan kawasan masing2. Ini untuk mengelakkan seseorang ahli yang telah keluar kampus agar tidak ‘terlena’/’terjatuh’ sebagai pejuang Islam khususnya kepada muslimat yang bergerak di kawasan memerlukan teman yang sah untuk sama2 bergerak. Bilamana seseorang muslimat yang berkahwin dengan muslimin pejuang agama, maka pahala pasangannya yang berjuang turut sama dirasai. Berkatnya membina keluarga Islam bilamana seisi keluarga turut sama berjuang di jalan Allah ini.

Contoh yang ana dapat lihat di kawasan ana bila ahli gerakan memilih ‘orang luar’ sebagai pasangan mereka akan mengundang sedikit sebanyak permasalahan. Contohnya, seorang muslimin ini telah memilih pasangannya dari bukan ahli dan gerak kerjanya telah menurun dan penglibatannya dalam sebarang aktiviti jemaah amat jarang sekali. Andaiannya, dia boleh memimpin pasangannya tetapi lain yang telah terjadi. Ada juga yang memilih ‘orang luar’ kerana paras rupa atau desakan keluarga. Yang nyata Rasulullah sendiri telah bersabda agar seseorang itu memilih pasangannya berdasarkan 4 perkara; iaitu rupa paras,harta,keturunan dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana yang lain akan mengikutimu…(jika silap bgtau ana..). ana bukan menghalang ahli memilih ‘orang luar’ tetapi biarlah KUAT untuk menghadapi mehna dan tribulasi perjuangan diluar nanti.

Seperti yang sedia maklum, pembinaan Baitul Muslim adalah daripada individu muslim itu yang akan membentuk komuniti Muslim (mujtama’ Islami) yang seterusnya dipacu bagi membentuk khilafah Islamiyah (Ustaziatul Islami). Betapa pentingnya BM ini dalam membentuk generasi Islam yang utuh dan berdaya tahan, begitu jugalah usaha bagi membina keluarga Islam itu yang memerlukan perlaksanaan yang berterusan. Bagi ana yang tidak ‘merasai’ BM di kampus, ana mengharapkan agar sahabat/iah dapat melaksanakannya sebelum keluar ke medan yang lebih mencabar lagi di luar ini. Ana merasakan tanggungjawab sebagai alumni untuk melihat perlaksanaan BM ini di kampus setelah melihat mehna di luar ini khususnya sebagai seorang muslimah. Sebagai sorang pejuang,adanya peneman di sisi menjadi penguat untuk sama2 berjuang di jalan-NYA.

Di sini, ana mencadangkan untuk pihak jemaah mengadakan seminar BM yang lebih menjurus kepada mencari jodoh, di samping mendapatkan maklumat tentang BM. Seminar ini dikhususkan kepada pelajar Tahun Akhir yang betul2 MAHU mencari jodoh antara ahli jemaah kampus/ intra-kampus. Mereka yang telah bersedia untuk BERKAHWIN (bukan berkawan!), dikehendaki mencari jodoh yang disukainya melalui BM ini. Proses seterusnya seperti prosedur BM yang telah sedia ada. Para penceramah/ undangan boleh menjemput ahli yang telah BM dari latar belakang,kampus dan suasana yang berbeza untuk memperlihatkan keberkesanan BM yang telah terlaksana. Antara tujuan seminar ini adalah untuk mempertemukan ahli yang betul2 telah bersedia untuk BERKAHWIN,yang merupakan wasilah untuk meneruskan kesinambungan dakwah. Bagi ahli2 yang belum bersedia, mereka terus diberikan sokongan dan kesedaran untuk memilih ahli2 jemaah sendiri. Hal ini boleh dilakukan melalui usrah2, tazkirah dan pengisian majlis ilmu.

Akhir kata, ana mengharapkan agar BM yang telah sedia ada dikuatkuasakan perlaksanaannya agar ahli2 jemaah lebih ‘terjamin’di luar kampus nti. Ana yang tidak mempunyai ilmu yang tinggi dan pengalaman yang luas, memohon maaf atas keterlanjuran kata yang tidak disengajakan dan tiada niat ‘menunjuk pandai’/ mengguris hati mana2 pihak. Atas rasa tanggungjawab ana menulis ini dan segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu juga dari Allah tapi atas kelemahan diri ana sendiri. Moga usaha kecil ini ada nilai di sisi-NYA. Salam Kasih UkhwahFillah kepada semua.Wassalam.

4Islam All

All Islam

(Muslimat prihatin)

28 Oktober 2008 / 28 Syawal 1429H

This entry was posted in Santai and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s