Pantang Lelaki-8C (berhati-hatilah wahai isteriku)

C1. CABAR
Lelaki
mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar
terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka
agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami
mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! JGN CABAR
SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…


C2. CABUL
Cabul
ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu
langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan
muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2
isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2
yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg
cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang
cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap
pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat
wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita
itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta
tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak
bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja
asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk
suami,tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu
perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga
pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan
mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon
suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya
macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata
ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal
percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.
Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2
aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat
kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak
cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga
anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi… .

C8 CUAI
Kebiasaan
lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan
masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa
yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan
membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C
ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran
tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa
& lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami
& keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C
tu.Renungkanlah…

This entry was posted in Kalam Pena and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Pantang Lelaki-8C (berhati-hatilah wahai isteriku)

  1. Usamah says:

    orang laki jangan d cabar, buruk padanya

  2. Khairy says:

    ala,ala,lalala…usamah…..jangan dicabar usamah tu…nanti buruk padahnya bila dia melibas…

  3. bkn org gunung says:

    betul2 kalau geng-geng BUAYA ni sudah melibas, habis semua dia kebas, yg org punya pun boleh terpelepas, ini kan pula yg masih bebas…

  4. saya22nd says:

    ah..takut ape nak cabar lelaki…”kalau awak berani bagi la saye duit RM100!!!” (haa kan dah kecut perut)..erm lelaki2 sekalian, jangan ingat suami je yang xsuke 8C ni, kaum wanita pun xsuke tau!! (pening tau kalo dapat suami perangai ngade2 cam pompuan..)

  5. Usamah says:

    jgn takut tp hormat ckit.
    hahahaha…………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s