Cinta Suci dlm Rumah Tanga ISLAM

Tiada manusia yang mahukan kesusahan di dalam hidup. Tiada manusia yang mahukan kepada penderitaan melainkan manusia yang jiwa dan fikirannya sudah tidak normal. Tiada siapa mahu diumpat keji, kematian orang-orand yang dikasihi, turun pangkat, harta kekayaan musnah, dikata nista oleh masyarakat dan berbagai-bagai lagi.

Kalau boleh lari dari kesusahan atau penderitaan hidup pasti akan ramai manusia yang berusaha berbuat begitu. Tetapi ke mana hendak dilarikan diri, kerana dunia ini sudah Allah tentukan sebagai tempat ujian. Orang kaya diuji dengan kekayaannya, yang miskin dengan kemiskinannya, orang berpangkat diuji dengan kedudukannya, orang bawahan diuji dengan kesusahannya. Begitulah, selagi nyawa dikandung badan selagi itu manusia tidak akan terlepas dari ujian kesusahan hidup.

Walaupun sudah begitu perjalanan alam tetapi terdapat para cerdik pandai hari ini yang bertungkus-lumus mencari dan menggunakan berbagai-bagai cara untuk manusia melepaskan diri dari kesuasahan dan penderitaan hidup. Maka kita boleh lihat pada hari ini wujud berbagai-bagai usaha; alat dicipta untuk mengetahui sebarang malapetaka sebelum menimpa dunia, perubatan dalam teknologi moden untuk mengatasi segala penyakit, berbagai petua yang awet muda, diolah panduan-panduan hidup yang boleh membawa kepada bahagiaan; namun apa yang Allah tentukan tetap berlaku.

Bagi orang yang beriman, kesusahan dan penderitaan hidup sudah dianggap semuanya itu sebagai ketentuan dari Allah. Mereka mengusahakan sifat-sifat terpuji pada hati seperti sifat redha, sabar, ikhlas, baik sangka dan tawakal. Bila sifat-sifat ini wujud dalam hati, walau kesusahan dan penderitaan bagaimana beratpun yang datang akan dirasai dengan kehendak Allah.

Hakikatnya semua jiwa manusia tidak suka dan bergembira pada kesusahan. Tiada manusia yang mahu berkata, “Wahai Tuhan, datangkannlah padaku kesusahan dan penderitaan” atau “Aku bergembira dengan kesusahan hidup yang menimpa”. Manusia yang jiwa dan fikiran yang sihat akan berkata, “Wahai Tuhan, berilah kelapangan dan kebahagiaan pada hidupku dunia dan akhirat”.

Kaum wanita yang asal kejadiannya lemah juga seboleh mungkin tidak mahu mengalami dan menaggung penderitaan di dalam hidup. Lebi-lebih lagi untuk menanggung krisis rumahtangga yang akan mengakibatkan kepada pendertaan batin, fikiran terganggu, kurus kering badan dan air mata selalu mengalir.

Ada segolongan orang yang berpandangan bahawa masalah rumahtangga adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah lain. Sebenarnya bagi seorang wanita yang berada pada fungsinya yang sebenar, akan merasa bahawa masalah rumahtangga adalah masalah yang besar. Wanita akan mudah rasa sensitif dangan masalah yang timbul dalam rumahtangga kerana sebahagian besar masa wanita itu adalah dirumah. Jadi mahu tidak mahu wanita terpaksa berhadapan dan menanggung segala masalah yang timbul dalam rumahtangga.

Maka tidak hairan kalau kehancuran rumahtangga boleh meragut seluruh kebahagiaan hidup seorang wanita. Tidak ada lagi kedamaian rumahtangga. Menasabah sekali dalam Islam telah mengkategorikan rumahtangga yang selalu porak-peranda sebagai “neraka dunia” dan rumahtangga yang aman damai sebagai “Jannatul Ajilah” iaitu ‘syurga dunia’ yang ementara sebelum menemui syurga yang kekal abadi.

Justeru itu sudah pasti bagi setiap wanita tidak mahu bersuamikan seorang lelaki yang curang, yang sering membawa pertelingkahan ataupun benci-membenci antara satu sama lain. Pasti semuanya mencintakan sebuah rumahtangga yang bahagia, kasih mengasihi antara suami isteri ataupun suami yang menyerahkan cinta tanpa berbelah bagi. Inilah bentuk kebanyakan hati dan perasaan setiap wanita ketika hendak mendirikan rumahtangga.

Kita boleh lihat kebanyakan muda-mudi hari ini sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup semati ataupun kasih tidak akan bertukar ganti.

Begitukah bentuk tersebut boleh dikategorikan sebagai cinta suci yang patut wujud dalam rumahtangga Islam. Cinta suci dalam istilah si lelaki tidak boleh berbelah kasih demi kesetiaan pada si perempuan. Rasa-rasanya cinta bentuk ini adalah hipokrit. Wujud atas dasar tidak mahu kasih dibelah bagi. Mahu suami hanya menumpukan kepada dirinya seorang diri.

Kemungkinan juga cara kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi oleh filem-filem hindustan yang begitu popular satu masa dulu. Si hero akan buat apa saja demi membuktikan cinta kepada si heroin walaupun nyawa menjadi tebusan. Setelah si hero dan si heroin selesai menghadapi berbagai rintangan akhirnya hiduplah mereka aman damai hingga ke anak cucu. Ataupun kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Laila Majnun atau Romeo Juliet yang sanggup mati bersama. Agaknya ada yang berpendapat inilah bentuk cinta yang tinggi nilainya.

Sekiranya beginilah bentuk fikiran dan jiwa setiap pasangan yang hendak mendirikan rumahtangga, pasti mereka tidak akan menemui kebahagiaan, kerana pengalaman telah menunjukkan banyak kegagalan sekiranya rumahtangga dibina atas bentuk ini. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan apakah dia masih setia padaku. Kalau didapati pasangan yang jelas mungkir janji maka akibatnya lebih teruk lagi. Hati akan hancur berkecai dan timbul tindakan-tindakan tanpa arah tujuan.

Tidak hairan kalau wujud risiko sebegitu rupa kerana penyerahan cinta sudah disalah letak. Pergantungan hati telah diletak pada hamba yang lemah, bukan kepada yang Allah Yang Maha Gagah Perkasa. Orang yang kita cintai tidak ada kuasa apa-apa untuk mengatur kebahagiaan kepada kita.

Yang dikatakan cinta suci dalam rumahtangga Islam ialah apabila kita dapat menyerahkan seluruh cinta kita kepada Allah S. W. T. dan suami hanya jalan untuk kearah tersebut (alat) dan bukan matlamat. Apabila cinta telah dapat diletak pada tempat yang betul maka dengan sendirinya perhubungan kita dengan suami akan berjalan lancar. Kasih sayang dengan suami akan menjadi bersih dan suci. Suami menjadi orang yang paling kita muliakan dan taati, lantaran itu yang diminta olen Allah S. W. T.

Cinta yang berada pada tempat yang betul akan mengawal nafsu kita dari meminta suami meletakkan seluruh kecintaannya kepada kita seorang. Kalau kita bersikap begitu maka menandakan ada sikap hipokrit dalam diri. Kita hanya memetingkan perasaan dan kesusahan diri sendiri tanpa memikirkan keperluan suami dan nasib kaum sejenis.

Justeru itu cinta suci dalam rumahtangga amat berharga untuk kita usaha dan miliki. Kerana cinta suci akan dapat meletakkan hati dan fikiran kita dalam keamanan. Hati dan fikiran tidak akan dapat dikacau dan ditakut-takutkan oleh sesuatu perkara yang belum datang seperti bisikan suara yang selalu datang menganggu, “Kalau suami kamu kasihnya berbelah bagi, apa nak jadi?” Bisikan-bisikan jahat berupa itu tidak akan dapat mengundah-gelanakan hati kita kerana cinta telah diletakkan pada Allah bukan pada manusia. Allah yang menjadi matlamat.

Kita yang tidak pandai menilai pengertian cinta dari Allah. Kemungkinan jiwa kita akan merasa sakit dengan ujian yang menimpa seperti suami yang kasihnya berbelah bagi. Tetapi hendaklah kita faham bahawa mungkin dengan ketentuan Allah yang berbentuk begitu sahaja dapat meningkatkan iman kita. Allah mahu hamba-Nya selalu di akhirat bukan hanya setakat selamat di dunia saja. Untuk itu Allah tidak akan teragak-agak mendatangkan ujian pada hamba-Nya yang dikasihi-Nya.

 

This entry was posted in Kalam Pena and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Cinta Suci dlm Rumah Tanga ISLAM

  1. No matter what level of your fitness, developing a proper fitness
    program will allow you to make improvements to your golf
    swing. I spent hundreds of dollars trying to find that “quick fix” or magic solution that would have allowed me
    to drop the desired pounds and have the perfect body.
    This type of exercise will increase your cardiovascular endurance, improve
    your flexibility, increase your muscle strength, improve your balance and can actually reduce the risk
    of osteoporosis.

  2. They aim at miming various good qualities of the counterparts of the assumed celebrity.
    I have more stuffings in me from yesterday than I care to think about.
    It the radio was the only one that used to deliver the days news
    and weather updates.

  3. Spot on with this write-up, I actually think this web site needs far more attention.

    Iíll probably be back again to see more, thanks for the
    advice!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s