Abang Nikahlah Satu Lagi!

ABG NIKAH LAH SATU LAGI

… Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yang lena. Kutatapi wajah ‘sahabat’ akrabku sedalam- dalamya. Kubelai perlahan rambut ikalnya yang menutupi wajahnya. Kau cantik sayang, bisikku perlahan.

Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yang kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. “Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang. Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku.

Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua tahun lalu;

“Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah- mudahan dimakbulkan doa anda berdua.

” “Huda. bangun, jom kita solat. ”

Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia menggeliat. Aku tersenyum melihat wajahnya yang keletihan. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dian penat melayan karenah ‘anak-anak’nya. ditambah lg komitmen yg tinggi dlm prjuangn.

Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yang panjang. Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah. (Al-A’raaf : 189 ) yang bermaksud : ” Ya Allah jika engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.

Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada dibelakangku. Wajahnya masam. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.

“Kenapa ni? Muncungnya mulut.” usikku. Semakin menjadilah rajuknya.

“Kenapa abang tak kejutkan Huda?” Protesnya. Aku tersenyum cuma.

“Dah, abang tengok cik adik letih sangat. bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar. ” Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat. Jangan tidur sampai dia selesai solat malam.

Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan: “Abang.. nikah jelah satu lagi..” Dengan nada yang bersahaja.

Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan, Rasulullah berbangga umatnya ramai! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini, sanggupkah aku memikul bebanan ini?

“Hai tak takut cemburu ke?” Umpanku pula. ”

Cemburu.. emmm itukan memang fitrah manusia bang. Takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang?” hujahnya panjang lebar.

“Hai. takkan tak cukup lagi ‘anak-anak’ di tadika?”

“Abang ni. Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. ”

“Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat?” Umpanku lagi.

“Kahwin satu lagi. ” “Kalau tak dapat anak juga, ?” Usikku terus.

“Nikah lagi. kan boleh sampai empat!” Jawab Huda dalam nada semakin kendur.

“Huss. Huda ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa ismail. berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya. ” Ku tamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.

Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini . Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan.

“Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .. ”

Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya.

“Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat ! Abang ni tak sabarlah. ” Protes Huda separuh merajuk.

“Oklah sayang. ” Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.

“Bismillahir rahmanir rahimm. ” ku potong kek istimewa itu.setelah berbalas suapan dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.

“Subhanallah. Maha suci Allah, Tuhan sekelian alam! “Huda hamil! Masya Allah, setelah sekian lama penantian ini!”

Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini, tangisan syukur!

“Kenapa jumpa doktor tak bagitau abang?” Tanya ku seperti memprotes.

“Kalau beritahu tak surprise lah. “Jawab Huda selamba. Tiba-tiba aku rasa bersalah, Sejak akhir-akhir ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan.

Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru, Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan ‘kewajipan saham akhirat’. Aku benar-benar lupa membawanya ke klinik. Sungguh! Aku benar-benar rasa bersalah.

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa, Peluh mengalir laju membasahi dahinya. Dia kelihatan pucat. Ku rasa badannya, panas!

Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 Mei, hari ni baru 26 April, Aku panik. Aku segera membawa huda ke hospital dengan seribu satu doa yang tak putus dlm hatiku, aku harap ayah dan ibuku segera datang untuk menambah ketenanganku.

Ya Allah! selamatkanlah isteri dan anakku. bisikku berulang kali.

“Encik Adam?” Dr Khadijah, pakar sakit puan rujukan isteriku,

“Ya, saya doktor!” sahutku cepat.

“Boleh kita berbincang sebentar,, ”

“Saya harap Encik Adam bertenang, Isteri Encik menghadapi sedikit masalah, air mentubannya dijangkiti kuman. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah. Puan Huda perlu dibedah segera. ”

“Bedah?” “Buatlah apa yang sewajarnya doktor.

Tapi isteri saya bagaimana doktor?” Tanyaku dengan nada separuh ketar dan bimbang.

“Saya akan cuba sedaya upaya, untuk menyelamatkan kedua-duanya, Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .

” Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah.

Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku. Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku, tiba-tiba ayahku memanggilku dan mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.

Ketika sampai di pintu bilik , aku terdengar suara tangisan bayi,, alangkah lunaknya.

“Alhamdulillah isteri Encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat, 2. 9 kg dan comel seperti ibunya. ” kata Dr Khadijah tenang,

“Alhamdulillah… isteri saya bagaimana doktor?”

Dr Khadijah terdiam . tiba-tiba perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku, Ku tenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,

Tiba-tiba doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk. Mulutku ternganga seketika,

“Maaf, saya telah berusaha semampu yang mungkin, Tapi Allah lebih menyayangi Huda,

” Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung, Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan. Ku rasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya, sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring, Perlahan aku membuka kain penutup.

Innalillahi wainna ilaihi raji’unnnn.

Wajah Huda pucat, tapi bibirnya terukir senyuman manis, manis sekali, tanpa disedari ku dakap Huda seerat eratnya. tangisku perlahan, tapi tak tertahan!

“Sabar Encik Adam, sabar. ” Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,

“Nurse, tolong bawakan anak Encik Adam. ” katanya lagi, Seorang bayi mungil yang masih merah dihulurkan dihadapanku, perlahan kuambil dan kudakap bayi itu, Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda. Mereka amat mirip! Matanya, hidungnya, mulutnya,

Allahuakbar!

Dadaku bertambah senak. tangisanku semakin menjadi-jadi, Sehinggalah ayah datang memegang bahuku. dan berkata,

“Iqamahkan anakmu Adam, sambutlah yang hadir, doakanlah yang kembali. “.

Huda! Rupanya inilah hikmah Allah, Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah s.w.t., Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan tahun, untuk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya.

Ya Allah, jangan biarkan hati ini berandai-andai, Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda. Tidak, Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui, Lagi Maha Pengasih.. Pada isteri tersayang, abg akn sentiasa merinduimu..

Ya Allah beriku kekuatan menempuh ujianMu ini…

This entry was posted in Santai and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s